Pages

Sunday, December 4, 2011

Amalan Pemakanan yang Betul

Makanan dan Amalan Pemakanan

Tentang Piramid Makanan

Apakah itu Piramid Makanan?



Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Paras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu

Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam

Piramid Makanan

Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa makanan bukan sahaja perlu kelihatan menarik ketika dihidangkan untuk membuka selera tetapi mestilah berkhasiat.

Namun, jika kita mengambil makanan semata-mata melayani kehendak selera, ia membawa mudarat kepada kesihatan terutama jika pengambilannya berlebihan.

Selain faktor umur, jenis makanan dan kuantitinya yang perlu diambil perlu juga mengambil kira sama ada anda seorang yang aktif atau sering melakukan kerja-kerja berat.

Justeru, sebagai garis panduan, piramid makanan dapat membantu anda untuk menentukan sajian makanan yang pelu diambil dan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan dalam sehari.

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan lengkap yang menyatakan zat dan keperluan pengambilan yang sesuai untuk menjaga kesihatan.

Ia disusun berdasarkan kumpulan makanan dan kuantiti yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

Piramid makanan terbahagi kepada lima peringkat atau kumpulan makanan yang diletakkan para paras berbeza berdasarkan keperluan pengambilannya.